Temuduga yang diadakan sepanjang waktu persekolahan semalam menyaksikan semua pelajar Aliran Tahfiz SMA Bugisiah Tampok berkumpul di Surau Al-Mukhlisin SMA Bugisiah untuk taklimat ringkas dari penyelaras Tahfiz sekolah iaitu Ustaz Norazmi bin Abd Mutalib dibantu oleh guru-guru Tahfiz yang lain.
Semua pelajar Tahfiz telah bertungkus-lumus untuk mengulang hafazan mereka bagi memastikan hafazan mereka lancar. Guru-guru Tahfiz juga telah banyak mengadakan ulangan-ulangan hafazan agar para pelajar bersedia bagi menghadapi temuduga tersebut.
Temuduga yang diadakan di Dewan Seminar itu melibatkan lebih kurang 8 kaunter temuduga dan semua pegawai adalah para-para huffaz yang bertauliah dari negeri Johor sendiri. Pelajar-pelajar Tahfiz bergilir-gilir mengikut giliran yang telah diberikan oleh Guru Penyelaras bagi memastikan perjalanan temuduga lancar dan tidak berlaku sebarang kekalutan.
Alhamdulillah...
Temuduga tersebut berjalan dengan lancar dan Guru Penyelaras Tahfiz memaklumakan para pelajar TAhfiz menunjukkan prestasi yang amat cemerlang. Sama-sama kita doakan semoga Tahfiz SMA Bugisiah semakin berjaya dan melahirkan huffaz yang berkaliber di masa akan datang.