16 MEI semestinya dinantikan oleh semua guru kerana Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun. Pada hari inilah semua guru bergembira dan menerima penghargaan di atas segala penat lelah mendidik serta mengajar anak-anak serta mmurid-murid yang pelbagai ragamnya selain berdepan dengan kerja-kerja pengkeranian yang semakin hari semakin bertambah. Ringkasnya, tugas seorang guru amatlah berat dan banyak pengorbanan terpaksa dilakukan oleh seorang yang bergelar guru demi kemenjadian anak didiknya.
Tidak ketinggalan juga guru-guru di SMA Bugisiah Tampok, 16 Mei 2017 yang lalu telah diadakan Sambutan Hari Guru yang dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar SMA Bugisiah Tampok 2017. Antara aktiviti yang dijalankan ialah acara tarik tali, bola jaring, petanque, futsal dan kuiz Kahoot!.
Guru-guru amat gembira dengan sambutan pada tahun ini yang bertemakan Glamorous. Terima kasih kepada guru penyelaras Ustzah Salwani bt Awang dan kepada semua krew pelaksana Sambutan Hari Guru pada tahun ini. Ok, enough talk, lets see those pictures... ;)