Jumlah Hit
Pengetua SMA Bugisiah
Tuan Haji Sulaiman bin Haji Abdullah
Pengetua SMA Bugisiah Tampok Visi Sekolah
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
Misi Sekolah
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi memenuhi Aspirasi Negara" Pautan Pengurusan
Pautan Sekolah
|
Sejarah Penubuhan SMA Bugisiah Tampok
PERMULAAN DIASASKAN
Pada 21 Disember 1955, penduduk-penduduk di kawasan kampong Tampok Telah mengadakan mesyuarat dan membentuk sebuah jawatan kuasa penaja bagi mengendalikan kelas pelajaran agama yang menggunakan “Bahasa Arab” sebagai bahasa pengantarnya. Ahli-ahli jawatankuasa menamakan kelas tersebut “Balai Agama”. Setelah kelas itu berjalan selama satu tahun, pada 20 Disember 1956 nama “Balai Agama” itu telah ditukar kepada “AL-MADRATUL BUGISIAH LITTARBIYATIL ISLAMIAH TAMPOK” mengambil sempena hartawan-hartawan dan dermawan-dermawan dari kalangan Orang-orang bugis yang menyumbangkan harta dan tenaga untuk membina sebuah madrasah (sekolah arab) itu. Antara pengasasnya ialah: 1. Allahyarham Ybh. Dato’ Jalok B. Daeng Malibok. 2. Allahyarham Tn Hj Kudus B. Hj Ambok Welah. 3. Allahyarham Tn Hj Mustafa B. Hj Daing Mabila. 4. Allahyarham Tn Hj Hashim B. HJ Abd. Karim. 5. Tuan Hj Abd. Razak B. Hj Daeng Mabela. Bangunan Pada 26 Disember 1956 kelas ini ditumpangkan sementara di rumah Allahyarham Haji Mahdi Bin Sekuni yang terletak di Pekan Tampok. Pada 14 April 1957, kelas Agama Bahsa Arab itu berpindah ke bangunan barunya yang berharga lebih kurang RM 20,000.00 hasil kutipan derma daripada ahli-ahli dermawan tempatan yang dilancarkan oleh ahli-ahli jawatankuasa sekolah. Ia dibina di sebidang tanah seluas 1.5 ekar yang diwakafkan oleh Tuan Haji Mustafa Bin Haji Daing Mabila. Bangunan ini boleh menampung seramai 150 orang pelajar, pembukaannya dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Pontian. Dari tahun ke tahun bilangan pelajar bertambah dan bangunan yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai. Pada bulan Julai 1994 Ahli-ahli jawatankuasa memohon satu peruntukan sebanyak RM20000.00 kepada Tuan Pengawai Pembanguanan Luar Bandar Daerah Pontian bagi membina sebuah bangunan satu tingkat yang boleh menampung jumlah pelar yang ramai. Pemohonan tersebut telah diluluskan, ukuran bengunan ini 20 x 20 kaki. Bangunan tersenut siap dibina pada bulan Januari 1965 dan pembukaannya dirasmikan oleh YAB. Tan Sri Haji Hassan Bin Yunus, Menteri Besar Johor pada bulan Februari 1965. Pada tahun 1995, satu peruntukan telah diperolehi sebanyak RM360000.00 dari Unit Pembangunan, Kementerian Pandidikan Malaysia. Makan sebuah bangunan tiga tingkat telah dibina. Bangunan tersebut menelan belanja sebanyak RM615000.00, baki dari wang bantuan tersebut adalah dari pungutan derma orang ramai. Maka dengan adanya bangunan tiga tingkat ini, ia dapat menampung sebahagian dari jumlah pelajar yang meningkat bilangannya. Bangunan yang digunakan untuk menampung pelajar: 1. Bangunan lama (2 kelas) 2. Bangunan baru (8 kelas) 3. Bangunan lama (bekas asrama) (3 kelas) 4. Bangunan sekolah agama (6 kelas) Jumlah bilangan kelas sebanyak 19 kelas. |