Tidak lama lagi pelajar Tingkatan 5 akan menghadapi peperiksaan yang besar dalam lipatan sejarah hidup mereka. Tidak sampai sebulan lagi mereka akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang menjadi penunjuk arah dan hala tuju mereka selepas ini.
Justeru itu, satu inisiatif telah diambil untuk menanm semangat dan memperkukuhkan jati diri pelajar Tingkatan 5 dalam menuju peperiksaan SPM yang dijadualkan bermula awal November nanti. Persiapan demi persiapan dan bantuan demi bantuan telah diberikan oleh guru, maka kini guru diberikan peluang untuk berbicara hati ke hati bersama pelajar-pelajar tingkatan 5. Mudah-mudahan usaha kecil ini akan berjaya menyentuh sanubari mereka seterusnya menyedarkan mereka sepenuhnya akan kepentingan peperiksaan SPM dan agar mereka dapat melihat bagaimana besarnya pengorbanan ibu bapa mereka sepanjang mendidik dan membesarkan mereka.
Perhimpun sebegini dirancang untuk diadakan setiap pagi sehingga hari peperiksaan dan akan dihadiri oleh pelajar dan guru-guru Tingkatan 5 bagi memberikan semangat kepada anak-anak pelajar Tingkatan 5.

Antara isi kandungan ucapan Pengetua beliau menyeru dan mengingatkan para pelajar tentang pengorbanan dan jasa ibu bapa. Ibu yang telah banyak berkorban jiwa harta untuk membesarkan anak-anak mereka dan bapa pula telah bertungkus lumus untuk mencari rezeki dan memberikan nafkah untuk kepentingan anak-anak mereka. Justeru anak-anak sekurang-kurangnya berikanlah kejayaan mereka di dalam SPM sebagai hadiah buat ibu bapa mereka.
Sebahagian guru-guru Tingkatan 5 yang hadir untuk memberikan semangat.