Alhamdulillah..
Pada hari ini 11 Oktober 2015, Majlis Eksekutif Kepimpinan Pelajar (MEKP) sesi 2015 telah dibubarkan. Setelah hampir setahun ahli-ahli MEKP bertungkus lumus memimpin pelajar-pelajar SMA Bugisiah Tampok, akhirnya pada hari ini mereka dilepaskan dari jawatan masing-masing. Ahli-ahli MEKP yang dianggotai oleh semua pelajar Tingkatan 5 menyaksikan anjakan dan perubahan besar dilakukan oleh Tuan Pengetua dalam meningkatkan lagi mutu kepemimpinan pelajar-pelajar SMA Bugisiah.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan diteruskan dengan ucapan Dari Guru Penasih MEKP Ustazah Saadah bt Alwi yang mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh AJK MEKP 2015. Beliau juga mengingatkan kepada para pelajar supaya mengambil apa yang positif dan meninggalkan yang negatif daripada kepimpinan MEKP 2015.
Seterusnya adalah ucapan dari Pengetua SMA Bugisiah Tampok yang seterusnya membubarkan secara rasmi AJK MEKP 2015.
Majlis diteruskan dengan ucapan dari ketua MEKP 2015 iaitu Saudara Amar Aiman bin Jamaluddin. Beliau mengingatkan juga kepada para pelajar SMA Bugisiah agar terusmemberikan sokongan kepada AJK MEKP tahun 2016 dan memberikan ketaatan dan kepatuhan kepada guru-guru.

Lantikan AJK MEKP 2015 menyaksikan Saudara Nazmi bin Nazim telah dilantik selaku Pengerusi MEKP dan dibantu oleh Saudari Dalilah binti Munazah. Manakala Ketua ASPURA disandang oleh Saudara Sabiq Jafni dan Ketua ASPURI pula Saudari Qaisara Yusreena.
Semoga dengan lantikan baru ini akan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan SMA Bugisiah pada tahun hadapan sejajar dengan Visi dan Misi KPM serta sasaran yang ditetapkan oleh Sekolah Amanah. Dan semoga pelajar SMA Bugisiah dapat memberikan sokongan yang padu dan jitu buat barisan pimpinan MEKP 2016 nanti. In Shaa Allah...