Pada 5 September 2015 yang lalu telah diadakan Program Hari Puteri Peringkat SMA Bugisiah Tampok yang bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir sekitar jam 1.00 petang.
Program yang dianjurkan oleh Badan Beruniform Puteri Islam SMA Bugisiah Tampok ini disertai oleh ahli-ahli PPI SMA Bugisiah Tampok dari Tingkatan 1-5. Pelbagai pertandingan telah dianjurkan sepanjang hari tersebut bagi menambahkan lagi kemeriahan dan penyertaan pelajar adalah amat menggalakkan.
Antara pertandingan yang diadakan ialah pertandingan kawad kaki, pertandingan menghias kek, dan pertandingan memasak. Semua pertandingan dianjurkan bagi menambahkan dan menajamkan lagi soft skills para pelajar di samping memupuk semangat setiakawan dan kerjasama di kalangan ahli PPI dan juga guru penasihat.
Semoga dengan penganjuran Hari Puteri kali ini akan dapat memantapkan lagi pergerakan Puteri Islam SMA Bugisiah dan memberikan impak kepada pembentukan muslimah-muslimah muda yang bakal menjadi srikandi Islam suatu ketika nanti.
Sama-sama kita doakan, Amin..
"BUGISIAH IMTIYAZ"

|