Sepertimana tahun-tahun yang lalu, acara merentas desa merupakan acara tahunan yang diadakan di SMA Bugisiah Tampok bersempena dengan Hari Sukan Tahunan 2017. Acara Rentas Desa menyaksikan semua pelajar lelaki dan perempuan SMA Bugisiah setia bersama rumah sukan masing-masing merentas laluan ke dari sekolah menuju ke Tampok Laut.
Acara Rentas Desa ini diadakan selain untuk memilih pelajar yang berbakat untuk ke acara Rentas Desa Peringkat Daerah, ia juga diadakan bagi memungut mata keseluruhan Rumah Sukan. Pelajar-pelajar amat teruja untuk memulakan acara Rentas Desa kerana mereka bakal melalui kawasan tepi sungai Tampok yang sangat indah penuh dengan flora dan fauna yang menggamit sanubari sesiapa sahaja yang melaluinya.
Acara dimulakan pada jam 7.30 pagi dan tamat sekitar jam 10.00 pagi dengan menyaksiakan kebanyakan peserta terawal adalah dari Rumah Kuning. Adakah Rumah Kuning akan menjadi juara lagi pada tahun ini?
Sama-sama kita nantikan Majlis Penutupan Rasmi Ihtifal Ilmiy dan Riyadhi SMA Bugisiah Tampok.